08 October, 2015

Be Yourself

Assalamualaikum W.B.T

Salam satu ummah

Entry pertama nukilan tahun ini dan entry yang idea datang entah dari mana
sejujurnya dua entry sebelum entry ini adalah entry dua tahun lalu yang telah diolah semula dengan penambahbaikan 
Tapi jangan risau, semua hanyalah nukilan ASLI dari Siti Nur Syafiqah Mohd Kamari :)
Sudi-sudikan lah membaca nukilan dari kotak minda hamba Ilahi ini

‘Be Yourself’

Dua perkataan yang simple. Tapi ada makna yang deep
Jadi diri sendiri? Cane tu haa?
Hmm pernah dengar tak lagu Humood Alkhuder yang bertajuk Kun Anta tu?
Tipu la kalau kata tak pernah? *evil smile* kann kannn?

Antara bait yang paling popular dalam lagu nyanyian jejaka kacak yang berasal dari Kuwait ini

‘لاجاريهم,قلدت ظاهر ما فيهم
فبدوت شحصا آخر , كي أتفاخر
وظننت أنا , أنّي بذلك حُزْت غنى
فوجدت أنّي خاسر , فتلك مظاهر

لا لا
لا نحتاج المال
كي نزداد جمالا
جوهرنا هنا
 في القلب تلالا

English Translation:
‘ In order to keep up with them
I imitated their looks and exterior
So I became someone else just to boast
And I thought that through that I gained a fortune
But I found that I’d lost, for these are mere appearances

No no
We don’t need wealth in order to increase in beauty
Our essence is here, in our heart it shines’

Faham kan?
So, jangan jangan jangann pernah cuba jadi orang lain hanya untuk buat orang suka pada kita
Kita paling awesome bila kita jadi diri kita
Sebab bila kita cuba jadi orang lain,
jika ada sekalipun orang yang suka pada kita tu ,
mereka bukan lah suka pada kita, 
tetapi sebaliknya mereka suka pada orang yang kita cuba untuk tiru tu

Agak-agak gembira tak rasa?
Rasa strawberi? Ke oren? Okay gurau saja
Tapi bila kita jadi diri kita sendiri, mereka yang sayang kita tu akan terima kita tak kira la baik mahupun buruk
Dan paling best, 
mereka pasti akan selalu ada dengan kita
Tak kira lah masa senang mahupun susah
best kan kannn kannnn ?



So, sentiasa la jadi diri sendiri
Why?
Sebab orang yang terbaik adalah orang yang sentiasa jadi DIRI SENDIRI
Jangan jadi fake!
Sebab fake itu bukan kita J

Sekian. Assalamualaikum ya akhi wa ukhti yang dikasihi





Couple or Single ?!

Assalamualaikum sekali lagi buat kamu yang cantik mahupun kacak :)
 
hari ni kita akan berbicara tentang segmen COUPLE or SINGLE ?!
hmm .. kalau diperhatikan secara meluas kebanyakan remaja zaman kini sudah mula bercintan-cintun ..
tak kira la yang masih bersekolah mahupun bukan .. ye dak ?!
best sangat ke couple ni ye ??
jawapannya adalah tidak ! nak tahu kenapa ?
sebab .. hubungan yg dijalin itu adalah HARAM di sisi Allah .
seharusnya seorang individu Muslim perlu mencintai Allah dan 
Rasulullah terlebih dahulu sebelum mencintai manusia ..
kenapa ??
kerana Allah adalah pencipta kita dan juga orang yang kita cintai itu ..
ada kata2 hikmah mengatakan :
'jika kita mencintai Allah,nescaya Allah akan menganugerahkan seorang insan yang juga mencintai-Nya"
dan sudah tentu org yg mencintai Allah itu adalah hamba Allah yang Soleh dan Solehah ..
tapi kawan2 jgn lupa tau ada dua orang insan yang perlu kita cintai selepas Allah dan Rasulullah ..
cuba teka siapa ??
sudah tentulah orang itu adalah IBU BAPA kita yang telah bnyk berjasa kepada kita .
sudah semestinya kita harus menyayangi mereka 
kerana tanpa mereka tidaklah wujud diri kita di bumi yang fana ini ..

berbicara tentang CINTA ..
adakah setiap orang merasai cinta ??
sudah tentu jawapannya ya ..
hanya orang yang tidak waras yang tidak merasai cinta ..
namun , adakah kita harus melayan perasaan yang penuh dengan nafsu Syaitan semata-mata ?
adakah kita perlu melayan perasaan yang kadangkala hanya permainan hati ?
adakah kita perlu melayan perasaan yang boleh menimbulkan zina hati ?
semestinya tidak ..
 
selain cinta Allah , Rasulullah dan Ibu Bapa , juga wujud sebuah cinta yang HALAL bgi seorang Muslim .
cinta pada siapakah itu ?
saya rasa anda tahu jawapannya ..
Cinta pada SUAMI atau ISTERI ..
cinta ini amat digalakkan dalam perkahwinan Islam kerana ia adalah salah satu kunci kebahagiaan rumah tangga

 

cuba anda fikirkan ..
siapakah yang layak menerima HATI anda selain Allah , Rasulullah dan ibu bapa anda ?
tidak lain tidak bukan , orang itu hanyalah SUAMI atau ISTERI anda ..

TAPI TAPI TAPI kamu , kamu dan kamu yang rasa diri masih terlalu jagung untuk berkahwin, mohon lupakan dulu hasrat murni kamu itu.
kan lebih baik kalau kita belajar dulu
bahagiakan Mak Ayah, Ibu Bapa, Umi dan Abah dulu
ada fahamm??

ok la .. kita kembali kepada isu COUPLE ..
hmm .. wujudkah couple cara Islam ?!
hubungan ini sebenarnya tidak wujud
tetapi sengaja diwujudkan oleh orang2 yg kurang bertamadun ..
apabila ditanya kenapa ber'couple' ..
dengan lagak yang selamba mereka menjawab ..
' Alah aku kan couple cara Islam . Bukannya aq berpegangan tangan , berpeluk-peluk macam
orang lain . setakat jumpa minum2 kopi tu biasa la .. '
itu lah alasan yg sering didengar apabila ditegur ..
tidakkah mereka tahu bahawa hubungan tersebut boleh menimbulkan pelbagai jenis zina .
antaranya adalah zina hati , zina telinga , zina mata , zina mulut dan sebagainya ..
dan dari situlah lahirnya anak LUAR NIKAH ..

sampai sini sajalah perbicaraan kita pada kali ini 
jaga diri, jaga hati, jaga Iman
peringatan buat kita termasuk diri saya sendiri ..
akhir kalam , assalamualaikum 

Assalamu Alayka ya Rasulullah

Assalamualaikum duhai kamu yang sedang merenung skrin tika ini
juga selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W
Hari ni saya nak berkongsi sedikit ilmu yang sebetulnya disedut dari sahabat saya di 'muka buku' . 
Saya sebelum ini merupakan peminat fanatik KPop namun Alhamdulillah ianya semakin berkurang walaupun saya masih lagi meminati arena KPop ni.
 Nak tahu kenapa saya mengurangkan minat saya terhadap KPop ?  
Alasan pertama kerana sahabat saya pernah memberitahu : "Jika kita suka org yg dilaknat Allah, tidak mustahil suatu hari nanti kita juga akan dilaknat seperti orang itu. " .. dan sudah tentunya saya tidak mahu dilaknat Allah .. kerana saya mahu menjadi IKHWAN RASULULLAH .. 
nak tahu apa itu Ikhwan Rasulullah ?? luangkan sedikit masa untuk membaca ruangan ini ..
 Siapa Rasulullah ini? Utusan Allah? Nabi akhir zaman? Pemimpin ummah? Ya, semua jawapan anda betul. Tapi yang paling penting, Rasulullah SAW ini merupakan kekasih Allah. Kekasih Allah tahu? Bukan kekasih Gu Jun Pyo ke, kekasih Conan ke, tapi kekasih Allah. MashaAllah, tingginya darjat Rasulullah kan? Dibandingkan kita dengan Baginda SAW seolah-olah langit dan bumi.

Tapi, tahukah kita siapa yang Rasulullah ini cinta selain daripada Allah Taala? Siapa yang Baginda SAW rindu sepanjang hayat baginda? UMATNYA! Dan siapakah umatnya itu? Ya, KITA! Kita semualah umat yang bertuah itu.

'Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)" suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat" jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi"

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami" celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kalian," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui " jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Ya Allah, sweet bukan Rasulullah ini. Masakan tidak, di hadapan sahabat-sahabat yang mencintai Baginda sepenuh hati, Baginda mengaku kita ini saudara-saudaranya. Baginda cakap Baginda amat rindu pada kita. Padahal, sekalipun Baginda tidak pernah berjumpa kita.

Cuba anda bayangkan, suatu hari tiba-tiba saya pergi pada anda dan katakan;
'saya rindu sangat dengan cucu kamu'

Apa perasaan anda? Padahal anda belum berkahwin, anak pun masih tiada, cucu apatah lagi. Tiba-tiba saya datang dan katakan saya rindu pada cucu anda. Apa perasaan anda? Sama ada anda kata saya buang tebiat atau anda kata saya mengigau di siang hari.
Tapi itulah Rasulullah. Rasulullah tidak kenal kita semua, berjumpa apatah lagi, tapi Baginda mengaku Baginda rindukan kita. Kita bagaimana?

Semasa Baginda hampir wafat, di saat-saat sakaratul maut Baginda, nama siapa yang Baginda sebut?

'Ummati! Ummati! Ummati!'
Siapa Ummati yang diulang-ulang itu kalau bukan kita? Malah Rasulullah berdoa pada Allah, Rasulullah berkata kalaulah boleh Baginda mahu menanggung segala kesakitan sakaratul maut kita kerana Baginda dapat merasakan betapa sakitnya kematian itu. Allah. Sehingga ke tahap itu kecintaan Rasulullah terhadap kita. Renung sejenak, bila kali terakhir kita berselawat pada Baginda?
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku"



Benar, Rasulullah sudah wafat, tapi Baginda telah meninggalkan sesuatu untuk kita. Sesuatu yang kalau kita ikut, kita tak akan sesat selama-selamanya. Itulah al-quran dan sunnah Baginda.
"ala, itu nabi.zaman dahulu kala, zaman kuno.buat apa nak ikut apa yang dia buat?"

Tapi bila part mahu kahwin lagi satu,

"ala sayang, bolehlah abang kahwin lagi satu. Abang tengah nak ikut sunnah Rasulullah ni."

Patutkah kita mengikut sunnah Baginda yang satu ini saja sedangkan sunnah yang lain kita tinggalkan? Tidak malukah kita?
Bukti kecintaan Rasulullah ini sangat banyak. Disebut-sebut dalam hadith Baginda, malah di dalam al quran sekalipun dinyatakan betapa kasih dan cintanya Rasulullah kepada kita.
Renung2kan dan selamat beramal !!